Terkini : Permohonan Bantuan BINGKAS e-Wallet RM300 bulanan diteruskan ke tahun hadapan | Semak Kelayakan Anda!

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan kewangan BINGKAS adalah merupakan inisiatif yang diperkenal dan disediakan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor. Program bantuan seperti ini adalah bagi membantu mereka yang memerlukan terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

BANTUAN KEWANGAN SETIAP BULAN

Untuk makluman, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk meneruskan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS pada tahun hadapan melalui sidang Belanjawan 2023 peringkat negeri.

Bantuan kewangan BINGKAS ini akan diberikan kepada pemohon yang layak dalam bentuk e-wallet sebanyak RM300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas rumah.

Kepada penerima bantuan ini, anda boleh gunakan bagi membeli barang keperluan harian di mana-mana pasaraya dan kedar yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BINGKAS seperti berikut :

- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Pendapakan kasar isi rumah RM3,000 dan kebawah (sebulan)
- Isi keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap di negeri ini melebihi 10 tahun
- Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk membuat permohonan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :

- Salinan kad pengenalan pemohonan dan pasangan jika ada
- Salinan kad pengenalan atau mykid atau dokumen yang berkaitan dengan ahli tanggungan
- Salinan penyata gaji atau pencen terbaru bagi penjawat awam dan pesara
- Salinan surat penceraian / sijil kematian / surat laporan polis bagi Ibu bapa tunggal
- Salinan penyata KWSP atau EA bagi pekerja swasta
- Sediakan pengesahan penyata pendapatan dari pihak ketua komuniti seperti ADUN / Penghulu / ahli majlis atau ketua kampung bagi pemohon yang bekerja sendiri.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin mencuba nasib memohon bantuan khas yang diberikan secara setiap bulan ini. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Segala maklumat penuh berkenaan bantuan ini anda boleh semak di portal rasmi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BINGKAS RM300 untuk barang keperluan ini, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri lain dan pesekutuan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.