TEKNIK RAHSIA membuat Orange Crown Chiffon Cake | Crown tinggi & kekal bentuk

Info Resepi Masakan 2022

Assalamualaikum & hai semua.😍
.
Sementara PKP ni jom tambah ilmu cara2 membuat crown chiffon yang sangat syantek ni.. Hihi. Bukan saja cantik, tapi fluffy & moist & rasa oren sunquick yang sangat sedap tanpa rasa telur.😋😋 
.
Kongsikan dengan rakan2 lain jugak manatau ada yang tercari2 resepi ni, harap dapat membantu .😉
.
Oklah.. Selamat menonton.😄

Orange Crown Chiffon Cake 
Bahan bahan :
Bahan A :
🍊4 biji kuning telur 
🍊40gr Minyak Jagung ( boleh ganti dengan minyak masak )
🍊45gr Jus Oren ( KakSue guna Sunquick)
🍊70gr Tepung Kek/superfine 
 
Bahan B :
🍊4 biji putih telur ( gred A)
🍊1/4 tsp Cream of tartar (kalau xda boleh ganti dengan 1/2 tsp lemon jus @ cuka)
🍊50gr gula pasir halus + 1 tsp tepung jagung ( campurkan)
.
 CARA BUAT BOLEH RUJUK VIDEO.😉
.
Important!!
* LOYANG 
✅ SAIZ 6 inci × 3 inci
✅ Yang bukan Non Stick 
✅ Jangan letak.kertas baking atau sapu apa2 minyak atau mentega & sebagainya. Biarkan kosong.

CARA BAKAR :
5 - 10 minit pertama :
180°C : Api atas sahaja 
Masak hingga bahagian atas keras dan berwarna kuning perang sikit.
Keluarkan kek dan hiriskan bahagian atas secepat yg mungkin ( max 1 minit)
Kemudian masukkan semula dalam oven
35 hingga 40 minit seterusnya :
170°C : Api Atas bawah (hingga masak)
 
Mau tau masak atau tidak cucuk dengan cake tester atau cucuk sate. Kalau tarik keluar bersih, maknanya dah masak.
Ok lah gais.. Selamat Mencuba dan semoga sukses!😘

Sumber : ApaKauRasa