Tanah runtuh: Mangsa maut terima sumbangan RM10,000

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

HULU SELANGOR - Kerajaan memberi sumbangan RM10,000 bagi setiap mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkhemahan di Jalan Genting Highlands-Batang Kali di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut menghulurkan sumbangan RM1,000 kepada keluarga mangsa yang tidak meninggal dunia.

Menurutnya, bantuan itu akan diselaraskan kerajaan Selangor dan Persekutuan dan ia akan diberikan dalam waktu terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di kawasan kejadian pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin dari negara luar turut menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu.

"Kerajaan juga mengulangi rasa dukacita dengan tragedi menimpa kepada keluarga mangsa seperti anak kecil dan wanita yang telah meninggal dunia," jelas beliau.

Anwar memberitahu, penghargaan turut diberikan kepada semua petugas keselamatan dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) sejak awal pagi Jumaat.

"Saya melahirkan penghargaan kepada mereka kerana saya tahu mereka bekerja dalam suasana sukar dan berisiko tinggi,"ujarnya.

Sumber : SinarHarian