Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang wanita terpaksa menerima hakikat apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan telah pergi buat selama-lamanya.
Difahamkan, kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada Isnin lalu dimana seorang wanita mahu membawa anaknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.
Namun begitu, semasa dalam perjalanannya yang menaiki bas ekspres, secara tiba-tiba anak tersayangnya itu sudah tidak bernafas apabila bas tersebut berhenti di Jelukong Rest Stop.
Terkejut dengan pemergian anaknya, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebooknya, wanita terbabit hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.
Malah, seorang ketua rumah panjang telah menwarkan bantuan untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan Betong berharap anaknya dapat diselamatkan.
Bukan itu sahaja, kasihan dengan nasib yang menimpanya, dia telah menghulurkan RM300 kepada wanita terbabit sebagai duit belanja pulang ke rumah.
Ya Allah tenangnya dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap nasib malang yang menimpa wanita terbabit yang dilihat begitu tenang atas pemergian anak kecilnya.
Salam takziah
Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan takziah atas kehilangannya dan berharap wanita tersebut terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujiannya.
Sumber: Facebook @Jessa Bandang, @AlanTang, OhMyMedia
Terima kasih