Syarat Dan Kelayakan RM150 Bantuan Awal Sekolah ~ Januari 2023


 

APAKAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan pada tahun 2012 untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini telah disalurkan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada golongan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan berkenaan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

 

KADAR BANTUAN

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).



 

 

 

SYARAT / KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)


Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

 

  1. Murid warganegara Malaysia:
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan
  3. Murid bersekolah di :


  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

 

 

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :-

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK


Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:-

  • Tunai; atau
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid

 

 

TARIKH PENYALURAN BAP 2023

Mulai 12 Januari 2023