RASMI : Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023 Yang Boleh Anda Mohon!

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan bagi sebahagian 2023.

Melalui RUU ini, peruntukan khas lebih RM107 Bilion telah diluluskan bagi mengumumkan beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.

Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1
- Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan pada bulan Januari 2023 dengan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023
- Jumlah BMT akan ditambah sebanyak RM200 bagi pekebun kecil. 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023
- Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa kira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran sebanyak RM150 seorang.

Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas
- Penjawat awam Gred 11 sehingga 56 akan menerima kenaikan gaji RM100. 

Bantuan Khas Kewangan
- Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran sebanyak RM700. Manakala untuk pesara kerajaan akan menerima RM350. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!