Pertimbangan Kembalikan UPSR, PT3 Akan Dibuat

 

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Keputusan untuk mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dibuat selepas sahaja pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan, yang bakal tamat pada 2025.


Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, laporan itu akan menjadi panduan jikalau kedua peperiksaan berkenaan akan dikembalikan semula atau tidak.


Menurutnya lagi, setakat ini, matlamat Kementerian Pendidikan (KPM) adalah ingin memperkukuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi penambahbaikan, kemajuan dan potensi pelajar berbanding peperiksaan.


"Jika kita lihat, PBS ini adalah sebagai proses ansur maju kanak-kanak, maknanya kita lihat secara holistik (menyeluruh), yang ia tidak tumpu kepada satu aspek sahaja.


"Pendirian KPM sekarang adalah hendak kukuhkan PBS yang sedia ada, melalui pengenalan ujian akhir akademik dan bukan macam UPSR atau PT3. Kita tidak mahu terlalu fokus kepada peperiksaan.


"Jadi dalam hal ini, kena bagi sedikit ruang dan masa. Kita akan lihat hasil pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan. Cadangan untuk kembalikan semula peperiksaan itu bergantung kepada laporan pelan berkenaan," katanya.


Beliau berkata demikian untuk mengulas desakan pelbagai pihak yang memohon peperiksaan UPSR dan PT3 dikembalikan semula.


Terdahulu, Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, sempat meluangkan masa lebih tiga jam bagi mendengar permasalahan rakyat di kawasannya, di Pusat Khidmat Rakyatnya, di situ.- BeritaHarian