Permohonan Bantuan EPB RM400 Tahun 2022 | Semak Syarat Kelayakan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan๐Ÿ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Secara umumnya, bantuan kewangan penting untuk sesetengah individu mahupun keluarga. Ini kerana bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
 
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan atau yang sudah lama diperkenalkan namun masih diteruskan sehingga kini.
 
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Elaun Persediaan Bekerja. Berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenai bantuan ini.

Kadar Bantuan EPB
 
Mereka yang layak akan diberikan bantuan elaun sebanyak RM400
 
Syarat Kelayakan EPB
 
Berikut merupakan syarat kelayakan EPB:
 
-        Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021
-        Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan. 
-        Mendaftar sebagai pencari kerja di MyFutureJobs. 
-        Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
-        Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs.

Cara Bayaran EPB
 
Sekiranya mendapat pekerjaan baharu semasa menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang pertama, kedua, atau ketiga maka bayaran tambahan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dibayar terus pada bulan yang sama.
 
Cara Membuat Permohonan EPB
 
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
 
Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatan PERKESO melalui Playstore atau Appstore dan mohon melalui aplikasi tersebut๐Ÿ‘‡
 
NOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP
 
Tarikh Tutup Permohonan EPB
 
Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

Maklumat Lanjut
 
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000