Misteri hilang 2 minggu terjawab... mayat wanita ditemui diikat pada pam air dalam tasik

0
TRAGIS. Pihak polis menemukan mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang, dalam keadaan diikat pada pam air di dalam tasik.

Kejadian berlaku di sebuah tasik di wilayah Prachup Khiri Khan di barat Thailand.

Polis kini menjalankan siasatan terhadap kes pembunuhan.

Mayat mangsa yang berusia 30 tahun dijumpai berbalut dengan selimut pada 30 November.

Polis mengesyaki mangsa sebagai Supaporn Peg Bootket, warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Ibu saudara mangsa mengesahkan mayat yang ditemui adalah anak saudaranya, berdasarkan ukiran tatu pada bahagian belakang badan.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 25 tahun yang tinggal 50 meter dari lokasi kejadian untuk siasatan.

Polis turut memberitahu, wanita berkenaan merupakan salah seorang mangsa siri pembunuhan kejam.

Minggu lalu, seorang transgender dibunuh dan mayatnya dicampak dalam tasik di Phatum Thani, Utara Bangkok.

Pada September, satu lagi mayat dijumpai terapung dalam sebuah kolam bersama pengecas telefon, di wilayah Phayao di Utara Thailand.

Pada bulan sama, mayat seorang wanita ditemui sumbat dalam beg pakaian yang terapung di Sungai Mekong.

Sumber: mStar
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!