Kanak-Kanak Parah, Bayi Hilang Dibaham Buaya Di Lahad Datu

Gambar Tular di Media Sosial (facebook).

Telegram Orang Sabah : 

LAHAD DATU : Seorang kanak-kanak parah manakala seorang bayi berusia setahun hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di perairan Markas Operasi Gerakan Marin (PPM) di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.25 pagi dan seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Menurut saksi, ketika kejadian dua mangsa terlibat disambar buaya ketika sedang mendayung perahu di kawasan perairan.

“Seorang mangsa kanak-kanak lelaki (usia belum dikenal pasti) berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala bayi berusia satu tahun belum ditemui” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang diselamatkan segera dihantar ke Hospital Lahad Datu dengan menggunakan ambulans.

“Mangsa cedera di bahagian kepala dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut”

“Usaha mencari seorang lagi mangsa sedang giat dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air bersama PPM dengan menggunakan bot di kawasan mangsa dilaporkan dibaham buaya,” katanya.

Sumber – SINAR