Jalan Retak 4 Hari Lalu, Aktivis "Berbuih" Warning Pembangunan Melampau Genting


Sejak subuh tadi, rakyat Malaysia dikejutkan dengan peristiwa tanah runtuh yang terjadi di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali. Menurut laporan awal, terdapat lebih kurang 100 orang yang tertimbus dan hingga sekarang misi menyelamat giat dijalankan pihak berkuasa.

Angka yang tewas' kian meningkat kepada 10 orang

Dalam perkembangan terbaru, hampir 10
orang disahkan 'tewas' dan senarai itu juga melibatkan kanak-kanak. Dengan musim hujan lebat tidak menentu, bencana alam yang terjadi kali ini seakan membuka mata ramai mengenai realiti sebenar keadaan georafi di kebanyakan kawasan tanah tinggi di negara kita sekarang.

Dah cakap pembangunan di Genting Highlands terlampau hadaplah  teruk,

4 hari lepas di Facebook seorang aktivis alam sekitar bernama Puan Sabrina Syed, rupanya dia pernah kongsikan beberapa gambar jalan raya di Genting Highlands yang mengalami keretakan. Mungkin ada yang menganggap ia hakikatnya tidak
nampak serius, lokasi melampau di pembangunan pelancongan terkenal ini tak ubah seperti situasi telur di hujung tanduk. Siapa sangka mimpi buruk yang dirisaukan seakan menjadi realiti

Aktivis & pencinta alam dah lama ingatkan... Kita harus muhasabah

Nasi sudah menjadi bubur, bencana tanah
runtuh kali ini cukup meruntun jiwa ramai.
Namun dari sudut lain, ia menjadi pengajaran pihak untuk mengambil tegas buat semua terhadap keperluan perhatian
serius mengawal pembangunan pesat di tanah tinggi agar risiko bencana dapat dikurangkan.

Kredit: FB Aidil Khalid & Sabrina Syed, Kisah Dunia