@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan ♬ original sound - @awe
Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pokchek906 di laman TikToknya, dia merakam seorang pekerja asing yang sedang menikmati hidangannya yang berkuahkan air putih dan tanpa lauk pauk.
Difahamkan juga, pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang sebanyak RM800,000 dan sudah memiliki tanah dan sebuah rumah di halaman kampungnya hasil daripada pengorbanannya itu.
Netizen kagumMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan hormat apabila melihat kegigihan pekerja asing tersebut dalam menyimpan wang ringgit ketika bekerja di Malaysia meskipun terpaksa berkorban daripada menikmati makanan yang mewah.
Rasa insaf dan bersyukur dengan rezeki yang ada sekarangDalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa was-was kerana tidak percaya pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang hampir sejuta namun, ada yang bersemangat untuk mengikuti jejak sama sepertinya.
Bagaimanapun, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dan perlu bijak dalam menguruskan wang demi keselasaan hari tua kelak.
Sumber: OhMyMedia
Terima kasih