Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakt (JKM)

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Warga Emas RM500 atau dikenali sebagai BWE ini merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan. Web Malaysia akan kongsikan kepada pembaca info lengkap & panduan lanjut mengenai bantuan ini.

Permohonan Bantuan Warga Emas 2022

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seharian dalam komuniti di Malaysia. Dan juga mengurangkan beban kehidupan yang ditanggung.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) ini adalah sebanyak RM500.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan khusus untuk bantuan ini :

- Warganegara yang tinggal di Malaysia;
- Warge emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja;
- Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan);
- Tidak tinggal di Institut kendalian JKM atau pusat jagaan harian
- Atau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas Online

Permohonan bantuan kewangan RM500 ini, perlu dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia.

Sila muat turun (download) & isi Borang JKM di pautan berikut :

Bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalanan pemohon, suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.

Bawa juga salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (kalau ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di kawasan berdekatan anda.

Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik di pautan berikut : Klik Sini

Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah pula, Klik Sini

Semakan Bantuan Warga Emas

Semakan kelayakan untuk bantuan warga emas ini perlu dibuat secara online/ atas talian.

Anda boleh buat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan & klik butang semak.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!