Buat Muka Pelik Masa Bergambar, Anak Ke-2 Syatilla Melvin Buat Ramai Terhibur

0
Isnin yang lalu, umum sedia maklum bahawa pemain bola sepak negara Safawi Rasid telah pun mengikat tali pernikahan bersama Syifa Melvin serta merta menamatkan spekulasi hubungan mereka. Majlis tersebut malah diraikan oleh sahabat-handai dan ahli keluarga kedua-dua belah pengantin.
Syatilla Melvin rakam gambar kenangan bahagia bersama seluruh family... 
Tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan dihari bahagia adiknya, pelakon Syatilla Melvin hadir dengan busana putih yang cukup menawan. Dia juga ada mengambil beberapa gambar kenangan bersama suaminya Shaheizy Sam, dan anak-anak mereka iaitu Syeriz Samheizy dan Sarima Samheizy. Hanya anak bongsu mereka yang lahir pada mei lalu sahaja yang tidak dibawa ke majlis penuh gemilang tersebut. 
Sarima ni kenapa? Semua gambar family macam tu... Syatilla tak sangka anak ikut perangai dia 
Apa yang menarik perhatian warganet adalah karenah lucu anak kedua pasangan pelakon tersebut. Tanpa disangka Sarima telah membuat mimik muka yang sangat mencuit hati dalam setiap gambar keluarga mereka. Rentetan itu, Syatilla mengakui bahawa putrinya itu seolah-olah mengikut perangai gila-gilanya. 


Mak bapak sakan posing... Tapi anak ikut perangai Syatilla

Melihat ke ruangan komen, rakan selebriti dan rata-rata netizen turut terhibur dengan menyaksikan gelagat spontan anak pasangan pelakon itu. Ujar mereka, wajah Sarima seiras ayahnya namun mewarisi tingkah laku Syatilla Melvin. Selain itu, ada yang mendakwa ‘perangai anak ke-2’ memang suka bertingkah pelik.



Sumber: Kisah Dunia


Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!