Kini, pelanggan perkhidmatan perbankan Bank Simpanan Nasional boleh menjalankan urusan secara atas talian dengan daftar BSN online Internet Banking. Kemudahan yang dikenali sebagai MyBSN memerlukan pelanggan untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan. Anda boleh melakukan pertanyaan baki, membayar bil dan juga memindahkan wang antara bank (transfer secara Online).
Bank yang memiliki lebih 390 cawangan di seluruh negara menawarkan Online Internet Banking bagi memudahkan pelanggan untuk menyelesaikan urusan tanpa perlu ke cawangan bank. Selaras dengan objektif utama mereka iaitu menggalakkan perkembangan simpanan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, dengan mendaftar akaun internet banking, pelanggan dapat menjimatkan masa serta menikmati produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional.
Cara Daftar BSN Online Banking Untuk First Time User
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan umum. My BSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang Bank Simpanan Nasional – maklumat korporat kami serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan – dan anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.
Aktiviti perbankan internet yang boleh dilakukan termasuklan Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.
Cara Daftar MyBSN (Login)
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar akaun sebagai pengguna baharu:
1) Layari Laman Utama (pelanggan boleh menukar bahasa yang pilihan sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu).
2) Klik Tekan Butang “Log Masuk” di bahagian atas kanan atau daftar di bawah untuk pengguna baharu.
3) Jika pengguna dibawa ke halaman seperti paparan di bawah, klik “Register”
4) Sila baca terma dan syarat, jika setuju klik “Accept” kemudian klik “Next”
5) Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
6) Pastikan anda mengisi nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit/ debit yang betul.
7) Cipta nama pengguna dan kata laluan untuk memohon nombor OTP.
8) Masukkan nombor OTP pada ruangan yang disediakan dan pilih imej online anda.
9) Kembali ke paparan halaman utama, dan klik “Log Masuk”
10) Paparan aplikasi seperti di bawah akan terpapar dan masukkan nama pengguna serta kata laluan. Seterusnya klik “Login” untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional.
Untuk paparan di telefon, langkah mendaftar akaun baharu di MyBSN adalah seperti berikut:
1) Klik Register untuk mendaftar kali pertama
2) Masukkan maklumat: nombor kad debit/ kad kredit, nombor PIN (untuk kad debit sahaja), tarikh tamat tempoh kad dan CVV2.
3) Masukkan nombor Kad Pengenalan
4) Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan.
Cara Semak Baki Akaun BSN
1) Log masuk ke dalam akaun MyBSN anda secara online atau di aplikasi telefon pintar
2) Pilih Menu “Account Overview”
3) Kemudian klik “Savings Account”
4) Baki dalam akaun anda akan dipaparkan di “Available Balance”
Cara Muat Turun Penyata Bank
1) Log masuk ke dalam akaun MyBSN anda. 2) Klik pada bahagian “Account Overview” dan pilih E-Statement.
3) Pilih “Account Name” anda dan klik pada “E-Statement” kemudian klik “Transaction History”.
4) Muat turun atau cetak penyata bank mengikut keperluan anda.
Anda juga boleh melihat demo video yang telah disediakan oleh pihak bank untuk lebih memahami cara daftar serta cara menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan. Klik pautan di bawah untuk menonton video tersebut:
Syarat-Syarat Pendaftaran
Pelanggan yang melepasi kriteria di bawah sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar serta menggunakan perkhidmatan yang disediakan:
- Mempunyai Akaun BSN
- Mempunyai Kad ATM BSN
- Nombor i-PIN yang perlu didaftar di mesin ATM
- Nombor telefon yang perlu didaftar di mesin ATM
- Berumur 18 tahun ke atas
Terima kasih