Bapa reda anak ‘diratah’ buaya, simpan hasrat mahu jumpa di syurga


Terdahulu, tular di media sosial seorang bapa gagal menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya ketika sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah telah mengundang sebak terhadap nasib malang yang menimpa dirinya.

Mana tidaknya, lelaki tersebut sudah sedaya upaya untuk menyelamatkan insan tersayangnya itu sehingga dia mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepada dan badan namun, anaknya tidak dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa ‘ratah’ reptilia tersebut.

Namun begitu, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh influencer, Adrian Edy di laman TikToknya, dia telah melawat bapa mangsa kanak-kanak itu dengan memberikan kata-kata semangat serta memberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit.
@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp #adrianedy ♬ Belum Siap Kehilangan - Stevan Pasaribu

Nak jumpa kat syurga nanti

Ujar Adrian, lelaki terbabit telah reda dengan pemergian anaknya dan apa yang membuatkan orang ramai terharu adalah dia menyiman hasrat untuk berjumpa anaknya di syurga kelak.

“Ziarah pak cik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik,

“Pakcik kata dia reda dengan apa yang terjadi, tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Netizen sebak

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mereka apabila melihat raut wajah lelaki terbabit yang begitu kuat dalam mengharungi dugaan setelah kehilangan insan tersayang dalam kehidupannya.

Sekadar info, Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu sedang menjalankan operasi Search and Rescue (Surface) bersama agensi bantuan Polis Marin menggunakan bot di kawasan kejadian namun, sehingga kini mayat mangsa masih belum dijumpai.

Sumber: TikTok @adrianedy7, OhMyMedia