Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Desember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.


Jumlah Bayaran
Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023
Pada Januari 2023, kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1.

Adakah Bantuan Tunai Rakyat Sama Dengan BKM?
Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 belum diumumkan.

Namun, jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Januari 2023 nanti.

Sekadar perbandingan, berikut adalah usul yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu berkenaan bantuan tunai yang sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2023.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500