Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023, Jumlah Bayaran & Kategori | Semak Sekarang!

0

 



Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 adalah merupakan inisiatif baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. 


Perkara ini dimaklumkan pada sidang mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat bagi membantu golongan sasar.


Bantuan Kewangan 2023


Untuk makluman rakyat Malaysia, Bantuan Tunai Rakyat 2023 atau BTR adalah inisiatif yang bebentuk bantuan tunai kewangan tahunan disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu kumpulan rakyat yang kurang bernasib baik.


Bantuan BTR ini juga sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Program insentif ini telah diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun namun dengan jumlah kadar bantuan yang berbeza.


Bagi Bantuan Tunai Rakyat BTR ini sepatutnya disalurkan pada bulan Mac 2023 akan datang. Namun disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak stabil dan keadaan banjir di banyak negeri dalam Negara, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan BTR. 


Bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Januari 2023 (Fasa 1) kepada yang berkelayakan.


Kadar Bantuan Mengikut Kategori


Berikut adalah jumlah bantuan dan kategori yang layak mengikuti pembentangan bajet 2023 sebelum ini:


1. Isi Rumah: Berpendapatan kurang dari < RM 2,500 sebulan 


  • RM2,500: Lebih 5 Anak

  • RM1,000 - RM2,000: 1 - 4 anak


2. Isi Rumah: Berpendapatan RM2,500 - RM5,000


  • RM500 - RM1,250: 1 - 5 Anak (Tergantung jumlah Anak)


3. Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang


  • RM600 / RM350 (Bergantung Pendapatan)


4. BTR Tambahan RM500


  • Bantuan untuk Ibu/Bapa tunggal Dinaikkan daripada RM2,500 sebelum ini kepada RM3,000


Kemaskini Dan Permohonan


Seperti yang sedia maklum Bantuan Tunai Rakyat BTR akan mula disalurkan bermula Januari 2023 tidak lama lagi.


Dijangka permohonan dan kemaskini akan mula dibuka tidak lama lagi. 


Buat masa ini Kerajaan belum lagi mengumumkan sebarang laman sesawang baru untuk membuat permohonan dan kemaskini.


Namun begitu, untuk membuat rujukan dan semakan link ini masih boleh diguna:


https://bkm.hasil.gov.my/


Pengumuman rasmi akan diumumkan dari masa kesemasa.


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!