Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Klik Tulisan Biru Untuk Join Telegram : Info Terkini UntukRakyat
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM PERMOHONAN
PENGESAHAN PENGENALAN
- Pengesahan Pengenalan Pasangan: MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan.
- Pengesahan Pengenalan Anak: MyKad / MyKid dan Sijil Lahir Anak. Semakan pengenalan dan status warga negara anak akan dibuat dengan data JPN.
PENGESAHAN PENDAPATAN
- Maklumat pendapatan tiada dalam rekod agensi pendapatan. Oleh itu, dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah seperti berikut:
- Slip Gaji sekurang-kurangnya 3 bulan atau
- Akuan pengesahan pendapatan.
APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN
Sebelum permohonan Bantuan Tunai Rakyat 2023 dibuka, pastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen seperti diatas untuk memudahkan anda untuk melakukan permohonan.
Terima kasih