Bantuan Khas Kewangan RM700 Penjawat Awam & Persara 2023



Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan satu juta pesara kerajaan berjumlah RM350.


Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


“Kerajaan bertukar, tetapi penjawat awam tetap setia dan berdedikasi kepada negara,” tambahnya pada pembentangan Mini Bajet di sini hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasukkan ke Akaun) 2022 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.


Akta tersebut telah membolehkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 termasuk untuk tujuan membayar emolumen penjawat awam.


Ia susulan kepada Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan oleh Parlimen sebelum 1 Januari 2023.


Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara akan diteruskan pada Januari 2023.


Disambung juga untuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).


Jumlah Bantuan Kewangan Khas 2023


Terdapat 2 Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 antaranya ialah:


  • RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.