Kerajaan Malaysia sentiasa mendahulukan rakyat, oleh itu, kerajaan telah sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban rakyatnya dengan pelbagai bantuan untuk stiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan jenis elaun yang akan diberikan secara bulanan kepada penerima yang layak untuk memperolehnya. Siapakah penerima yang layak tersebut?
Perhatian kepada semua ibubapa atau penjaga di Malaysia yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.
Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2022
Untuk makluman anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.
Syarat Kelayakan BKK
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Berapakah Jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023?
Minimum bantuan kanak-kanak ialah sejumlah RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan seperti berikut :
RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Cara Memohon BKK
Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :
Secara Online :
Layari : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Secara Manual :
Cetak Borang Permohonan.
Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.
Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:
Salinan kad pengenalan diri pemohon
Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi :
Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.
Terima kasih