Dilahirkan tanpa ada kedua belah kanan, pada tahun 2019 yang lalu wanita bernama Norfarrah Syahirah telah viral kerana kemahirannya yang boleh memandu kereta menggunakan kaki. Semangatnya yang keras belajar demi berdikari melakukan semua rutin harian tanpa mengharapkan bantuan atau ihsan orang lain cukup membuatkan netizen berasa kagum.
Farrah & Zul sedondon berbaju hijau mint ketika majlis pertunangan
Dalam perkongsian baru-baru ini, Farrah yang kini berusia 34 tahun telah berkongsi detik bahagia majlis pertunangannya dengan seorang lelaki yang bernama Zul. Dalam beberapa gambar yang dimuat naik ke laman Instagram, pasangan tersebut kelihatan sedondon mengenakan baju berwarna hijau lembut.
@norfarrahsyahirahshaari Alhamdulillah.. selesai majlis untuk hari nie❤️❤️#tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Sayunk I Love You - Chombi
One step closer…Bakal ibu mentua tersenyum manis pakaikan Farrah gelang kaki
Justeru itu, ketika bakal ibu mentuanya memakaikan gelang kaki juga menarik perhatian ramai. Walaupun majlis pertunangan tersebut berlangsung dalam keadaan yang sederhana, senyuman bahagia yang terukir di wajah mereka berdua cukup mengharukan.
Dahulu Farrah pernah mendirikan rumah tangga namun jodoh terhenti di tengah jalanMelalui satu temubual dengan portal Kashoorga yang diterbitkan 26/12/2019 dulu, Farrah ada berkongsikan sebenarnya dia pernah berkahwin sebelum ini namun ia tidak berkekalan. Lalu apabila bercakap soal jodoh, dia tidak menolak kehadiran pengganti baru yang diharapkan dapat menerima dirinya seadanya.
Sumber: Erin Sakura
Terima kasih