Tiga ciuman Nabil Ahmad buat Ramli MS, dikejutkan dengan kek hari jadi di pentas GV9

0
Nabil memberikan ciuman kepada Ramli sempena hari jadinya 

Juri professional program Gegar Vaganza musim Kesembilan (GV9) Datuk Ramli MS dikejutkan dengan sebiji kek coklat bersempena hari jadinya yang ke-64. 

Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu gamat apabila semua hadirin turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Ramli. 

Ramli dikejutkan dengan sambutan itu ketika hos program berkenaan, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein memperkenalkan barisan juri pada awal program sebelum mendedahkan pengarah muzik itu baru saja menyambut hari jadinya pada 17 November lalu. 

"Semoga Tok Ram dipanjangkan umur 100 tahun, Insya Allah..., Dikelilingi orang disayangi dan diberkati," ucap Nabil kepada Ramli. 
Ramli memotong kek coklat yang dikejutkan kepadanya. 


Bagaimanapun audotorium bertukar gamat apabila Nabil mencium pipi kiri dan kanan serta dahi Ramli.

Tidak hanya itu,Nabil turut memeluk erat Ramli yang mendapat tepukan daripada penonton.

Umum mengetahui keakraban hubungan Ramli dan Nabil yang sama-sama menjayakan gv sejak musim pertama.

Dalam pada itu, secara berseloroh, Nabil sambil memandang ke arah kamera meminta ibunya, Rohaizah Abdul Latiff menghantar mesej kepada Ramli.

"Mak, jangan lupa DM!," katanya.

Peringkat separuh akhir GV9 pada malam Ahad bakal menyaksikan lapan peserta bakal berentap menerusi dua persembahan iaitu solo dan duet bagi melayakkan diri ke final minggu hadapan.

Lapan peserta yang berentap adalah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Dina Nadzir, dan Kumpulan V.E.


Sumber: mStar
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!