Tak dinafikan, pada setiap hari pelbagai usaha akan dilakukan oleh mak ayah untuk menidurkan anak-anak. Hal ini kerana, jika anak kecil itu belum melelapkan mata pasti orang tua mereka tidak dapat berehat dengan aman.
Mulut tak henti-henti berselawat sambil dodoikan anak
Daripada satu perkongsian video milik @_erinn1797 di TikTok, penampakan seorang lelaki yang sedang mendodoikan anak di dalam buaian. Sambil mendodoi, mulut lelaki tersebut tidak henti-henti berselawat dengan harapan anaknya itu akan lebih mudah terlena. Justeru itu, tangannya turut sama mengenjut-enjutkan buaian sambil sesekali menepuk punggung si cilik tersebut.
Dalam begitu, lontaran suara lelaki berkenaan sangat kuat sehingga boleh didengari ke luar rumah. Yang agak menghiburlan, alunan nada agak nyaring kedengaran seakan-akan mirip kumpulan ibu-ibu yang sedang marhaban. Setelah sedar dirinya telah dirakam, lelaki tersebut hanya tersengih selamba sebelum kembali menyambung tugasnya itu.
@_erinn1797 dah jiran² ingat ada majlis cukur jambul dekat rumah 🤣🤣🤣. basah pale cik poji. #fypã‚· ♬ original sound - 💮
Budak-budak sekarang memang kena guna suara ketua marhaban baru nak tidur
Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen terhibur apabila mendengar irama suara lelaki tersebut. Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi pengalaman sama di mana terpaksa gunakan nada agak kuat untuk tidurkan anak-anak mereka.
Sumber: Erin Sakura
Terima kasih