Teruja Isteri Pulang Kerja Dah Habis Duty, Suami Manja Terus Peluk Minta Dukung


Selepas melayari bahtera perkahwinan, mesti ada saja karenah pasangan yang jarang ditonjolkan semasa fasa perkenalan dahulu. Mana tidaknya, bila sudah halal kadang kala mereka seakan kekanak-kanakan dan sangat manja untuk meraih perhatian pasangan. Tetapi, kelakuan sebeginilah sebenarnya menjadi pengerat hubungan suami isteri tersebut.
Teruja betul lari ingin sambut isteri depan pintu

Dalam sebuah perkongsian video milik @bapakktirikau, dapat dilihat seorang wanita lengkap beruniform baru sahaja pulang daripada bertugas dan sempat menjerit beri tahu kewujudannya dalam rumah tersebut. Tidak lama kemudian, muncul pula si suami berlari seperti kanak-kanak yang teruja apabila menyedari kehadiran pasangannya.
Bila bini balik duty hari minggu

Dalam begitu, lain pula yang berlaku apabila lelaki tersebut secara tiba-tiba memeluk isterinya sebelum meminta untuk didukung. Justeru, dia sempat memijak hujung meja berdekatan bagi memudahkan untuk panjat tubuh badan wanita itu. Walaupun jelas terpapar wajah kelesuan selepas seharian bekerja, namun si isteri rela hati melayan sahaja kerenah manja suaminya itu.


@bapakktirikau #loveyousomuch❤️ ♬ Sumpah dan cinta matiku - Nidji

Akak tu dahlah penat kerja, lepas tu balik nak kena dukung kau lagi

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur melihat tingkah laku lelaki tersebut bersama isterinya. Juga, pengikut yang masih bujang turut meluahkan rasa cemburu melihat kemesraan yang dipamerkan. Secara keseluruhannya, video tular itu berjaya meraih lebih 3 juta tontonan hingga kini. 

Sumber: Erin Sakura