Takziah! ‘Influencer’, pelakon drama Oh My Hantaran meninggal dunia

Pelakon baharu dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Menerusi laporan Harian Metro, pelakon berusia 26 tahun itu difahamkan meninggal dunia di Johor namun punca kematian masih dalam siasatan.

Berita duka tersebut dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia menerusi beberapa InstaStory miliknya sebentar tadi.
Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya. Saya kehilangan rakan hari ini.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku,” tulis Zeatyalia.
Sementara itu, berita pemergian pelakon drama SiTik Tok itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan artis dan pengikutnya di media sosial.

Tinjauan di laman Instagram mendapati, Allahyarham yang mesra dipanggil Alin ada memuat naik posting sehari lalu sekali gus dipenuhi ucapan takziah daripada orang ramai.
Al-Fatihah.. Alin kenalan yang baik
Mohon jangan kongsi gambar arwah tak tutup aurat
Semua sayang Alin!
Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi beberapa drama dan telefilem tempatan antaranya Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda, Oh My Hantaran dan Ada Yang Ngikut.

Sumber: OhMyMedia