Tak Sangka ‘Pergi’ Dalam Perut, Ibu Meraung Dakap Erat Baby Lepas Bersalin

0
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" rentetan peribahasa yang sangat sesuai dalam menggambarkan situasi yang dilalui oleh seorang ibu muda ini, apabila kehilangan penghuni rahim pertamanya dalam keadaan yang tak disangka-sangkakan. Pengalaman yang meruntun hati itu telah dikongsikan melalui Akaun TikTok Izatul Athira, hanya selepas 2 minggu pemergian puteri kesayangannya.
Terima kasih Allah bagi aku peluang genap 25 weeks jadi seorang ibu…terkejut bila doktor beritahu adik ‘pergi’ dalam perut

Sebelum ini, Izatul menjelaskan bahawa kehamilannya tidak menghadapi sebarang masalah dan hanya mengalami simptom 'morning sickness' ketika trimester pertama dan kedua. Malah katanya, bayi tersebut juga dikatakan sangat aktif sekitar masuk minggu yang ke-18 sehingga tendangannya dapat dirasai. Namun selang 2 bulan kemudian, wanita tersebut terkejut apabila pihak doktor memaklumkan hayat anaknya sudah tiada selama 2 hari.

@izatulathira

I miss you penghuni pertama rahim mommy 😭❤️ 16 hari dah adik tinggalkan mommy and daddy. Terima kasih ya Allah bagi aku peluang genap 25weeks jadi seorang ibu❤️ Terkejut bila doc bagitahu mommy adik dah meninggal dalam perut mommy 😭

♬ Takdir Memisahkan - 𝑴𝒉.𝑨𝒃𝒅𝒊_ • 𝑸𝒖𝒐𝒕𝒆𝒔

Padahal rasa je gerak cuma tak kuat…doktor cakap baby dah floating sebab masa scan nampak ada air

Awalnya, kejadian itu sukar untuk dipercayai oleh sang ibu kerana masih dapat merasakan pergerakan cuma tidak sekuat seperti sebelumnya. Dia kemudian selamat melahirkan bayi yang sempurna sifatnya, dan diberikan nama Nur Sakinah. Tak berkesempatan 2 beranak itu hanya sempat disatukan sekejap sahaja, memandangkan keadaan Izatul belum cukup stabil semasa proses pengebumian. Meskipun masih dalam berpantang tanpa anak, tetapi dia kini reda diuji dengan pemergian yang menyayat hati itu. 


@izatulathira Replying to @🦭 ♬ Sayang Sampai Mati - Repvblik

Beratnya ujian, touching cerita kehilangan anak ni…semoga ada rezeki lain menanti

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan bersimpati dengan nasib yang terpaksa dilaluinya. Mereka mengharapkan agar Izatul mampu tabah dan dititipkan doa agar dimurahkan rezeki untuk dianugerahi cahaya mata lagi di masa akan datang. 



Sumber: Kisah Dunia

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!