Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kota Belud

0
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Kota Belud-Berungis, Kampung Lebak Moyoh di sini, tengah hari tadi.

KOTA BELUD: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Kota Belud-Berungis, Kampung Lebak Moyoh di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Nooraffindi Bador dan isterinya, Adibah Jumat, masing-masing berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan dan kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.45 tengah hari.

Beliau berkata, sejurus selepas itu sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha 125 dipercayai bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser.

“Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu Land Cruiser tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.23 tengah hari. 

Sumber – BH Online
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!