Selesai sahaja majlis resepsi di siang hari, biasanya pengantin baru pastinya berasa gemuruh bakal melayari malam pertama mereka. Ketika inilah masing-masing akan berdua-duaan sahaja dan tanpa ditemani mana-mana ahli keluarga pun. Namun tak disangka bagi seorang wanita yang baru bergelar isteri ini, dia malah berdepan situasi yang lucu.
Malam pertama tak sempat bermesraan, suami nangis sebab…
Menerusi satu video TikTok yang suda meraih berjuta-juta jumlah tontonan, ketika itu Fitria dan suaminya sedang duduk bersama di dalam bilik mereka. Malah belum sempat bermesra persis pasangan lain yang sudah halal, suaminya dikatakan menangis secara tiba-tiba.
Dengan memalingkan badan, lelaki itu yang berstatus anak tunggal dalam keluarga dilihat beberapa kali mengesat air mata. Tak dijangka, suaminya telah memberikan jawapan yang pastinya kekal menjadi kenangan terlucu sampai bila-bila. Apabila isteri berbisik bertanya kenapa menangis, ternyata dia akui sedang merindui ibu tercinta.
@sfitmly Beginilah nikah sama anak tunggal satu satunya 😂ðŸ˜
♬ suara asli - Fittt
Rasa macam kena kidnap pulak…Belum sehari kau dah homesick bang
Melewati ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan reaksi manja pengantin baru itu. Sesekali, mereka terbayang lelaki tersebut tak ubah seperti anak-anak yang sedang kesedihan setelah ditinggalkan sendiri saat pertama kali pergi sambung belajar.
Sumber: Erin Sakura
Terima kasih