@mediahiburanofficial Keadaan terkini Nad Zainal setakat awal malam tadi seperti yang dimaklumkan bapanya, Zainal Abidin. Syafakillah Nanad #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ original sound - Media Hiburan
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Difahamkan, Nad, 32, pernah dijangkiti Covid 19 pada Mac lalu l, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Awal petang Rabu rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Bagaimanapun pada Khamis, bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin, 34, memaklumkan keadaan aktres ini kini semakin baik berbanding sebelumnya.
Menerusi laporan Harian Metro itu, Faliq menjelaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan situasi tersebut dan meminta semua piham terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya itu.
Sumber: Media Hiburan
Terima kasih