Melalui satu video tular di laman TikTok, pensyarah itu mesra disapa sebagai Madam Amy menceritakan kisah tersebut sebagai inspirasi kepada orang ramai.
"Saya dulu ada dapat seorang student yang dia suka buat dua benda ni, tanya soalan dan duduk depan dalam kelas.
"Apabila dia tanya soalan, saya akan jawab dan explain macam biasa. Tetapi untuk student ni, ada satu benda yang unik.
"Apabila saya explain tu, tak boleh bagi contoh banyak, nanti dia lagi confuse. Sepatutnya bagi contoh banyak lagi senang faham kan, tapi dia tak," Cerita Madam Amy.
Tidak cukup dengan mengemukakan soalan ketika sesi kuliah, pelajar itu juga turut menumpang sekaki bertanya soalan ketika sesi soal jawab di penghujung kelas.
Malah apa yang lebih mengagumkan, pelajar itu seterusnya akan mengikut pensyarahnya pulang ke pejabat untuk menyambung bertanyakan soalan.
"Apabila habis kelas, nampak dia dah sampai dekat depan office saya dulu.
"Dia tanya nak consult boleh ke? Saya kata boleh je jom," ujar Madam Amy lagi.
Walaupun begitu, sedikit aneh apabila pelajar tersebut bertanyakan soalan sama pada sesi konsultasi berkenaan."Maksudnya ketika mengajar, dia tanya soalan saya jawab, sesi question and answer (Q&A) pun dia tanya saya jawab.
"Dan ketika consultation dia masih tanya benda yang sama dan saya masih jawab benda yang sama," kata Madam Amy
Madam Amy berkata pelajar itu mengajukan soalan yang sama berulang kaliBermula daripada situ, suara hati Madam Amy kuat mengatakan pelajarnya itu adalah istimewa.
"Cara dia belajar dan effort dia lain daripada yang lain. Jadi interesting sebenarnya.
"Dan benda itu berlarutan daripada awal semester sehingga hujung semester.
"Sampai satu tahap kalau dia tak datang office, saya akan rasa pelik. Saya pula yang akan tercari-cari dia," katanya.
Madam Amy tekun melayani soalan yang ditanyakan pelajar itu. -Gambar HiasanKetika tiba di penghujung semester, Madam Amy akhirnya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggunya.
"Dihujung semester dia cakap minta maaf sebab dah susahkan saya. Dia beritahu yang dia adalah seorang slow learner.
"Kelemahan dia adalah apabila dia belajar, dia akan lupa. Jadi dia kena ulang banyak kali baru benda tu boleh melekat dalam kepala dia.
"Okay sekarang saya faham. Saya tak terkejut pun sebab memang nampak effort dia double," terang Madam Amy
Usaha keras yang ditunjukkan pelajar itu membuahkan hasil dipenghujung semester. - Gambar HiasanMadam Amy yang berpuas hati dengan prestasi akademik pelajar itu memberikannya gred cemerlang untuk subjek pada semester tersebut.
"Student ni, at the end of the semester dia dapat A tau untuk subjek saya ni.
"Saya bagi dia A bukan sebab dia slow learner tapi sebab apa yang dia jawab dalam exam adalah apa yang diajar dalam kelas," katanya.
Sebagai peringatan, Madam Amy menasihatkan bahawa usaha dalam menimba ilmu perlu bergerak seiring dengan kemampuan akademik seseorang itu.
Kemampuan akademik tidak sama di antara setiap individu tetapi ia boleh diatasi melalui usaha berterusan.-Gambar Hiasan"Dalam belajar, kemampuan belajar seseorang itu berbeza. Apabila kemampuan belajar berbeza, effort yang diberikan juga perlu berbeza.
Kalau kamu rasa susah untuk belajar atau faham, kamu kena double-up atau triple-up kamu punya effort.
"Jangan give up," ujar Madam Amy memberikan semangat.
Antara komen warga mayaMelewati ruang komen, rata-rata netizen menghargai kesabaran Madam Amy dalam mendidik pelajar yang tidak cepat menangkap apa yang dipelajari.
"Thank you sebab hargai yang slow learner.
"Saya perlukan pensyarah macam Madam Amy sebab sesetengah lecturer tak suka orang tanya benda yang sama banyak kali.
"Seronok belajar kalau dapat pensyarah macam ini. Selalu kena marah je kalau banyak tanya soalan sama banyak kali," kata sebahagian warga maya.
Sumber: mStar
Terima kasih