Bapa kepada pelakon terkenal, Nad Zainal iaitu Zainal Abidin mendedahkan dia tidak pernah menyangka sama sekali anak perempuannya itu mengalami sakit yang serius sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di sini sejak Isnin lalu.
Ujarnya, anak tunggalnya itu tidak pernah sakit teruk dan perkara ini adalah kali pertama terjadi namun, Nad pernah mengadu sakit di bahagian dada.
“Dia lambat beritahu saya, dia diam, dia pendam. Dia ada mengadu sakit dada tapi macam tak serius. Dia ingat makan ubat boleh baik,” katanya
Bagaimanapun, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal itu telah menunjukkan perkembangan positif hari ini apabila bacaan oksigennya sudah mencapai 100 peratus dan pendarahan di paru-paru turut sudah berhenti.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh teman akrabnya, Ungku Ismail dengan memaklumkan Nad telah menunjukkan tindakan balas positif kepada ubat yang diberikan.
Sumber: OhMyMedia
Terima kasih