Lepas Habis SPM Ada Cita-Cita Nak Kahwin Awal, Tapi Sambung Degree Pun Tetap Single Lagi

0
Menjadi impian sesetengah wanita untuk berkahwin awal dan memiliki anak, sekali gus perbelanjaan hidup ditanggung oleh suami yang sangat mithali. Tak hanya indah, malah bagi mereka perkara tersebut adalah kehidupan yang paling sempurna. Tidak salah untuk berangan, tetapi realitinya takdir hidup setiap orang sudah tertulis serta disusun cantik oleh Maha Pencipta.
Cikgu pernah tanya apa cita-cita lepas SPM…yakin jawab nak kahwin

Samalah juga hajat yang sering didambakan oleh seorang gadis dari Negeri Sembilan ini. Semasa di Tingkatan 5, guru kelasnya pernah menanyakan soalan tentang cita-cita setiap murid selepas tamat SPM. Dengan penuh yakin, Aina Nadhiran menyatakan kemahuannya untuk terus bergelar isteri orang.
Tengah final sem degree, masih lagi single…sebab tu orang kata jangan plan awal-awal, takut tak jadi

Selang 5 tahun berikutnya, gadis ini sudah pun melanjutkan pengajian dan memasuki semester terakhir diperingkat ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti tempatan. Dalam begitu, jodohnya belum sampai seru dan sekali gus masih berstatus single lagi. Aina turut berseloroh mungkin inilah kesan apabila berangan awal-awal, akhirnya tidak menjadi kenyataan.

@aina2900 Sebab tu orang kata jangan plan awal2 confirm tak jadi 🫠 #fyp #fypã‚· #student #fypã‚·゚viral #fypdongggggggg ♬ suara asli - 🎧Suke Dhana🎧

Samalah dari kecil meroyan nak kahwin, tapi sampai ke sudah jodoh belum ada…maybe dulu patutnya kena cakap tak nak kahwin

Menerusi ruangan komen, tak disangka rupanya ramai wanita yang pernah berangan sama seperti Aina. Namun daripada terburu-buru, mereka percaya bahawa jodoh yang terbaik akan tiba pada waktu yang tepat dan sesuai. Sehingga kini, perkongsian video berdurasi 22 saat berkenaan telah meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan setakat ini.



Sumber: Erin Sakura

 

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!