Hadir ke majlis agama
Jelasnya, gambar yang dikongsikan itu adalah ketika menghadiri majlis keagamaan dan menolak dakwaan yang dia sudah berhijab.
Ujar Lia, dia sememangnya berkeinginan untuk berhijab namun berharap apa yang dilakukan biarlah dari diri sendiri dan bukan kerana ikutan kawan-kawan.
“Saya memang nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung.”
“Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu,” katanya.
Doakan yang terbaik untuk saya
Walau bagaimanapun, pelakon kelahiran Sarawak ini akui sangat terharu dengan komen-komen positif daripada warganet yang tak henti mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Terdahulu, muat naik pelakon itu yang tampil bertudung litup dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat hari lahir untuknya telah menarik perhatian ramai.
Dia yang menyambut ulang tahun ke-30 mendapat pelbagai kata-kata positif disamping mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Sumber: OhMyMedia
Terima kasih