Kerap kongsi keadaan Nad Zainal, Ungku Ismail akui sedang kenal hati budi

Keadaan terkini pelakon terkenal, Nad Zainal masih lagi sama dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) memandangkan kondisinya dalam keadaan agak kritikal.
Rakan artis dan kenalan tak putus berdoa
Menurut aktor, Ungku Ismail Aziz, dia memberitahu yang paru-paru pelakon itu dipenuhi darah dan doktor sedang berusaha untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Rakan-rakan artis juga tidak putus-putus mendoakan kesihatan Nad apabila memuat naik gambar pelakon berkenaan dengan memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatannya.
Disebabkan kerap berkongsi perkembangan terkini Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal untuk makluman semua, ramai yang tertanya-tanya status hubungan antara pelakon Takdir Yang Tertulis itu dengan Ungku Ismail.
Ramai tertanya-tanya status mereka
Menerusi Gempak, aktor dan juga pengarah drama itu tidak menafikan bahawa mereka kini memang rapat dan boleh dikatakan sedang mengenali hati budi masing-masing sejak terlibat sama dalam beberapa projek kerja sejak kebelakangan ini.
“Selepas selesai penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content untuk YouTube. Banyak perancangan yang kami buat terutama dalam soal kerja.
“Dalam pada sama, tak dinafikan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Boleh katakan setiap hari kami contact dan kebanyakkannya memang fasal kerja,” katanya.
Tak hirup tanggapan netizen
Walau bagaimanapun, Ungku Ismail sama sekali tidak mahu mengambil tahu tentang tanggapan netizen dan ketika ini amat terkesan sejak pelakon tersebut jatuh sakit.
“Kami memang rapat dan kerap buat content travelog (bercuti). Setiap hari mesej… jadi bila tiba-tiba dia tak mesej, rasa hilang. Saya terkesan sebab terasa hilang partner.
“Tak kisah la netizen nak buat spekulasi bercinta ke apa… lantak korang la. Kita tak boleh nak tutup mulut netizen sekarang. Kita hanya mampu tutup telinga atau mata saja,” ujarnya.
Rasa kehilangan sejak Nad sakit
Dalam pada itu, aktor berkenaan juga mengatakan yang memang dia sendiri mahu mengetahui perkembangan Nad dari mulut doktor yang merawat sejak hari pertama pelakon berkenaan dimasukkan ke hospital.
“Sudah tentu saya rapat dengan ibu bapa Nad… tak elok la dah kerja sama, tiba-tiba dah sakit tinggalkan macam tu saja. Lagipun saya nak tahu sendiri keadaan dia daripada doktor, bukan daripada orang lain,” katanya.
Buat masa ini, belum ada sebarang perkembangan terkini berkenaan Nad dan Ungku Ismail serta rakan-rakan dalam industri tidak putus mendoakan agar Nad Zainal kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: OhMyMedia