Kerajaan Digesa Benarkan Sekali Lagi Pengeluaran KWSP | Info Lanjut

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

ORANG ramai memeriksa jumlah caruman untuk memohon pengeluaran KWSP pada April lalu.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000

Rayuan itu turut diluahkan melalui media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan meskipun terdapat tentangan daripada segelintir pihak.

Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan bebanan yang ditanggung rakyat selepas kenaikan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1.75 hingga ke 2.25 peratus disamping inflasi yang dihadapi sehingga membawa kepada kenaikan kos sara hidup. 

“Memang sebenarnya mereka perlukan (pengeluaran one-off KWSP) sebab itu duit mereka yang bekerja dan di dalam keadaan terdesak, mereka fikir itu alternatif untuk mereka tampung perbelanjaan.

“Sekarang inflasi meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga meningkat ekoran terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan pihak bank.  

“Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana rakyat akan mula membeli apabila terdapat aliran tunai, seterusnya memberi kesan positif kepada pusingan kitaran ekonomi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad Idham berkata, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemah menggunakan wang KWSP sekiranya pengeluaran one-off tersebut dibenarkan sekali lagi.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40.

Jelasnya, kebanyakkan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat berkenaan lantaran data KWSP menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi di dalam KWSP mereka.

“Kerajaan sewajarnya memberi tumpuan untuk menambah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih berkala dan bukan secara one-off.

“Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat di mana ia boleh ditukar dengan barangan keperluan asas setiap bulan.

“Peniaga akan mengumpul e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat. 

“Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk maksud lain dan kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah,” ujarnya. 

Sumber – UTUSAN

Wang KWSP untuk persaraan, bukan pampasan pengurusan kewangan yang lemah – SPCAAM

KUALA LUMPUR – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PN akan membenarkan sekali lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum mencerminkan bagaimana pekerja di Malaysia dilayan.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’angelus berkata, kenyataan itu bermakna pekerja terpaksa mengeluarkan simpanan persaraan mereka untuk memenuhi keperluan harian semasa kerana ekonomi negara tidak diuruskan secara berkhemah.

Dakwanya, kenyataan itu sekali gus menunjukkan Muhyiddin mengakui dan mengesahkan bahawa kerajaan PN tidak tahu bagaimana untuk menaik taraf golongan miskin yang bekerja.

Sedangkan, apabila pekerja mengeluarkan simpanan persaraan mereka, ia akan menyebabkan negara dan rakyatnya menghadapi kegagalan ekonomi yang besar.

”Apa akan berlaku apabila pekerja mencapai umur persaraan mereka? Apakah simpanan yang perlu mereka harapkan pada tahun-tahun lanjut mereka, di mana mereka tidak memperoleh pendapatan sara hidup serta kos perubatan mereka meningkat?

”Adakah kerajaan kemudiannya akan memberikan setiap orang melebihi umur tertentu wang saraan dan tidak boleh bekerja untuk menampung keperluan hidup mereka?,” soal beliau dalam kenyataan di sini.

Callistus berkata, mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memastikan pekerja mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka apabila meraka bersara.

Tegasnya, kerajaan harus memastikan setiap pekerja dijamin gaji sara hidup yang boleh diterima dan terdapat caruman bulanan yang cukup sesuai ke dalam simpanan persaraan mereka.

”Dengan peningkatan inflasi, dan paras gaji yang mengecewakan akan menjejaskan golongan miskin yang bekerja negara ini terdesak. 

Bukan pekerja tidak tahu implikasi kesan jangka panjang pengeluaran KWSP cuma mereka tidak mempunyai pilihan.

“Mereka tidak mempunyai pilihan, mengenai penggantian kerajaan yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja Malaysia dan khususnya golongan miskin yang bekerja, dan memudahkan eksploitasi mereka.

”Orang seperti Muhyiddin adalah ahli politik yang akan melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, dan tidak tersentak golongan yang dieksploitasi,” jelasnya.

Callistus berkata, sewajarnya setiap parti politik dan setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya harus tegas dan menjelaskan pendirian mereka dalam isu pekerja.

Ketika melancarkan manifesto PN pada Ahad lalu, Muhyiddin berkata, PN akan mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran KWSP memandangkan ramai yang memintanya.

Katanya, ia akan dilaksanakan secara bersasar dan mengambil kira sama ada pencarum mempunyai dana mencukupi bagi persaraan mereka.

Awal tahun ini,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, pihaknya tidak bercadang membenarkan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebagai pengurus dana persaraan perkara yang perlu diutamakan kini ialah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarumnya.

Sumber – MalaysiaGazette
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!