@sunlightmorning #Repost Semoga jumpa mama lagi di Syurga Allah nanti ❤️ 🕋 #umrah2022 #mekah ♬ Muhasabah Cinta - Anisa Rahman
Menceritakan kembali kejadian yang menyayat hati tersebut, dia bersama ibu, ayah dan seorang adik beradiknya telah dijemput sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan umrah.
Pada awalnya, ibunya dalam keadaan baik dan sihat tanpa mempunyai masalah kesihatan. Bagaimanapun, ketika hari mahu pulang ke Malaysia, insan tersayangnya itu mengalami demam dan sesak nafas dan menyangka hanya menerima rawatan biasa.
Namun begitu, takdir Allah telah menentukan segalanya, ibunya terpaksa ditidurkan oleh doktor disebabkan beberapa organ gagal untuk berfungsi (multiorgan failure).Doktor meminta mereka sekeluarga banyakkan berdoa agar terjadinya satu keajaiban namun, pada hari ke-10 di ICU, ibunya telah disahkan meninggal dunia dan dimakamkan di As-Sharaya, Mekah.
Kematian yang dicemburuiMenjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan mencemburui kematian khusnul khatimah arwah ibunya ketika berada di tempat suci Mekah.
Semoga tabah mengharungi dugaanBukan itu sahaja, netizen turut menitipkan pesanan agar keluarga terus tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan Allah serta sentiasa reda dengan ketentuannya.
Sumber: OhMyMedia
Terima kasih