Isteri Hanya Mampu Sediakan Kejutan Dekat Rumah, Sehingga Suami Menangis Terharu

0
Setiap orang pastinya akan selalu berusaha untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk orang tersayang agar pasangan akan rasa lebih dihargai bukan? Terkadang hal-hal kecil pun yang dianggap remeh namun itulah sebenarnya sangat bererti bagi mereka. Tidak memerlukan pun tempat mewah atau hadiah besar-besar, tetapi sebenarnya usaha seseorang lah yang paling penting.
Tak sangka isteri buat suprise untuk birthday suami

Terbaru ini, pemilik akaun @dak_gemok berkongsi rakaman video yang menyambut kepulangan suaminya ke rumah. Selepas sahaja melangkah masuk, wanita tersebut langsung memberikan ucapan hari ulang tahun kelahiran buat pasangannya. Dan tak disangka, si suami gagal untuk mengawal air mata dan terus menangis terharu sebelum bertindak mengucup si isteri.
Kami bahagia dengan cara kami…Alhamdulillah mensyukuri dengan apa yang ada

Justeru rupa-rupanya, wanita tersebut telah menyiapkan 'candle light dinner' untuk meraihkan ulang tahun kelahiran cinta hatinya. Dikatakan wanita itu baru sahaja keluar daripada pusat rawatan, dan dia hanya mampu mengadakan parti hari jadi si suami di rumah secara bersederhana sahaja. Walaupun kelihatan sangat simple, namun usaha yang dilakukan oleh si isteri kelihatan sangat bermakna.
@dak_gemok

kami bhgia dengan cara kami... Alhamdullillah mensyukuri dengan apa yang ada❤️❤️❤️

♬ Menghitung Hari (Piano Version) - Gaius Yeong

 

@dak_gemok selamat hari lahir b.... moge dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki @Mohd Shahrim ♬ Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Real kebahagiaan bukan terletak daripada rupa ataupun harta…Nampak suaminya sangat menghargai

Dapat jumlah tontonan lebih 200 ribu, rata-rata netizen gagal menahan sebak selepas melihat kebahagiaan pasangan suami isteri tersebut. Dalam pada itu, masing-masing sempat mengirimkan doa agar perkahwinan mereka berdua berkekalan sehingga ke Jannah. 



Sumber: Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!