Isteri Bekalkan Nasi Bentuk Love, Pengantin Baru Tersipu ‘Dibahan’ Rakan Sekerja

0
Baru sahaja habis bercuti kahwin dan masuk semula ke pejabat, kebanyakan pengantin baru semestinya akan malu-malu kucing apabila diusik nakal oleh rakan sekerja mereka. Sudah seperti keluarga kandung sendiri, semua usikan tersebut tidaklah diambil serius dan hanya berakhir sebagai bahan gurauan saja.
Bila ada orang baru kahwin, bento dia lain macam

Seperti situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini, dia juga sempat ‘dibahan’ ketika makan tengah hari dengan staf lainnya. Apabila kawan-kawan lain dilihat menjamu makanan tapau, dia yang baru bergelar suami pula membawa bekal istimewa yang disediakan oleh isteri tercinta dari rumah.
Wahhh hebat dia punya bento…Bahagia bila berumah tangga ya

Yang lebih menarik saat bekal biru itu dibuka, suasana menjadi lucu kerana isteri kepada pemuda itu rupanya menyediakan nasi putih yang berbentuk love. Begitu kelihatan comel dan sweet, tuan badan yang bernama Aril dilihat tersipu malu diusik mereka sebelum meneruskan makan seperti biasa.
@mossrose1 wahhhh hebat dia punya bent. bahagia bila dah berumahtangga yer Ariil #fypシ #berandafyp #trending #trending #fyp #foodie #syukur #bento ♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu - Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

Biasalah tu…Tunggu 2-3 *tahun, bentuk tu akan berubah ikut mood…Kadang tukul, lesung batu atau selipar

Mendapat lebih 700 ribu jumlah tontonan, ramai netizen akui sangat terhibur dengan rakaman tersebut. Juga begitu, ada yang sempat berseloroh bentuk berkenaan akan berubah-ubah ikut emosi isteri. 



Sumber: Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!