Ibu Mengandung Mengidam Nak Pegang Memerang, Suami Minta Izin & Pekerja Zoo Benarkan

0
Jika bercakap berkaitan ibu hamil, fasa mengidam yang dialami oleh mereka bukannya terhad kepada makanan sahaja. Adakah kita tahu mahupun tidak, sebenarnya ada yang tiba-tiba teringin melakukan sesuatu aktiviti yang pelik meskipun hal yang sukar ditunaikan. Namun selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak atau mendatangkan risiko, pastinya si suami akan cuba mewujudkan harapan isteri tercinta.
Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang
Sama seperti kisah yang dihadapi oleh Puan Wany, dia akui mengidam untuk memegang haiwan yang comel bernama memerang. Secara kebetulan ketika sedang berjalan-jalan di sekitar zoo, kelihatannya rezeki memihak kepada wanita mengandung itu apabila keinginannya dilayan oleh pekerja zoo.
Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang…Nasib dilayankannn
Atas permintaan suaminya, pekerja zoo berkenaan terus menangkap seekor daripada memerang sebelum melintasi sebuah parit kecil. Setelah dapat mengusap bulu haiwan separa akuatik ini, Puan Wany berasa sangat gembira. Walaupun hanya seketika, kebaikan lelaki berkenaan sudah tentu akan dingati sampai bila-bila.

@wanyanjee Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang. Alhamdulillah dapat jugak pegang 🥰 Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang Nasib dilayankannn 🤭 #fyp #fypã‚· #fypdongggggggg #memerang #memerangjinak ♬ Si Gendut - Agus Gobang

Saya ngidam tidur & makan dekat lokap…Tapi suami kata lokap penuh sekarang

Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat comel wanita tersebut. Tidak ketinggalan, ada pula yang berkongsikan pengalaman alami mengidam pelik termasuklah teringin untuk tidur dalam penjara. 



Sumber: Erin Sakura

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!