Pantang ada yang viral terkait kisah kesusahan atau mana-mana individu yang kurang bernasib baik, sepantas kilat Ebit Lew dan juga team pergi menghulurkan bantuan. Tak mengenal perbezaan bangsa dan juga agama, pendakwah bebas tersebut ikhlas memberikan sumbangan hasil kutipan daripada orang ramai juga.
Terjumpa seorang wanita muda jadi penghantar makanan dengan berjalan kaki
Semalam selepas menyerahkan sebuah rumah yang sudah siap dibina kepada seorang mak cik yang kehilangan kediamannya akibat banjir, Ustaz Ebit tampil berjumpa dengan individu lain pula. Dalam masa yang sama, pendakwah tersebut bertemu dengan seorang wanita muda yang bekerja sebagai penghantar makanan namun dengan berjalan kaki. Rupanya Emi merupakan seorang ibu tunggal anak satu yang sudah berpisah dengan suami.
Bayangkan pada usia muda iaitu 23 tahun dan berstatus anak yatim, wanita tersebut terus cekal meneruskan kehidupan untuk menyara diri serta satu-satunya cahaya mata. Untuk memudahkan urusannya dalam terus mencari rezeki halal, team Ustaz Ebit akhirnya menghadiahkan sebiji motosikal jenis Y15. Dan kelihatan dengan bantuan tersebut, Emi dilihat terus menangis selain cukup terharu.
Sampai sanggup jadi walker, mesti dia dah habis ikhtiar…Lawa macam ni pun orang tak hargai@ustazebitlew Hadiahkan motor Y15 Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp ♬ Satu Rasa Cinta - Arief
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan kisah hidup serta kesusahan yang dialami wanita itu di kala usia masih lagi muda. Justeru itu, ramai juga lelaki yang tampil meluahkan hasrat untuk berkenalan dengan lebih rapat serta ingin mengambil Emi sebagai isteri.
Sumber: Erin Sakura
Terima kasih