Fad Bocey kemalangan jalan raya, isteri maklum ada hentakan di kepala

0
Pelawak dan juga penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dikejarkan ke hospital apabila motosikal yang ditungganginya mengalami kemalangan jalan raya malam semalam.
Isteri terkejut dapat tahu Fad kemalangan
Hal tersebut dikongsikan isterinya iaitu Syaheera Rahman di Insta Story apabila memaklumkan bahawa kejadian yang menimpa selebriti tersebut.
Rakan-rakan banyak bantu
Dalam pada itu, Syaheera juga sempat meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya dan bersyukur kerana ramai rakan-rakan yang hadir membantu pelawak itu sehingga dibawa ke hospital.
Alami kecederaan di bahagian badan
Ada hentakan di kepala
Jelas ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, suaminya berada dalam keadaan stabil namun masih perlu dipantau kerana berlaku hentakan di kepala sewaktu kemalangan sehingga muntah.
Achey sempat datang melawat
Menjengah ke Instagram rakan satu kumpulannya, Achey Bocey, Fad kelihatan sudah sedar dan masih mampu tersenyum dengan gurauan sahabatnya itu.

Dia juga dilihat dalam keadaan stabil dan ada sedikit luka-luka dibahagian badan terutamanya bahagian kaki.

Untuk makluman, Fad Bocey merupakan penyampai radio Hot FM yang bersiaran bersama Fizi Ali untuk segmen Sembang Squad yang bertugas pada waktu petang.

Semoga Fad segera sembuh dan tiada sebarang kecederaan dalaman.


Sumber: Ohmymedia

 

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!