Dikejarkan ke Hospital, Mia Sara update; "Saya Mengalami Serangan Panik Yang Teruk".

0
Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha Ridzuan 17, memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas, baru-baru ini. 

Menerusi perkongsian di laman instagram miliknya, Mia menjelaskan dia mengalami serangan panik dan kerisauan melampau (anxiety) termasuk sukar bernafas sejak tiga hari lalu.

"Alhamdulillah, saya sudah semakin baik. Saya baharu didiagnosis mengalami severe anxiety dan serangan panik.

"Selain itu, saya juga mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang keadaan saya sudah stabil.

"Terima kasih diatas doa anda semua," tulis Mia di ruangan kapsyen menerusi akaun kedua miliknya, @miyebersare


 


Terdahulu, menerusi akaun instagram rasminya, @therealmiasara, pengurusnya memuat naik status memaklumkan aktres itu dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa selepas mengalami sesak nafas.

Namun, Mia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam mendapatkan rawatan dan kini sedang berehat di rumah. 

Sekadar info, Mia memulakan kerjaya seni selepas membintangi drama bersiri Adamaya yang ditayangkan pada tahun 2010.


Sumber: Media Hiburan

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!