"Dia mengaku salah, terguna 4 kali..”- Lelaki halalkan pasangan suami isteri guna kad debit

Baru-baru ini, tular seorang wanita ‘kantoi’ menggunakan kad ATM milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Menurut lelaki berkenaan, sebelum kejadian wanita berkenaan yang memakai tudung berwarna biru beratur di belakangnya bersama seorang lelaki yang sedang mendukung bayi.

Dedahnya lagi, kad tersebut dicuri oleh wanita berkenaan yang turut digunakan untuk pembelian lain sebelum dia sempat menyekat kad debit tersebut.
Terbaharu, lelaki berkenaan memberitahu isu tersebut telah pun selesai dan pasangan berkenaan sudah tampil meminta maaf serta mengaku ada ‘terguna’ kad tersebut sebanyak empat kali.

Jelas pemilik kad tersebut, pesalah telah menghubunginya dan mereka berjumpa sekitar jam 9 malam semalam di Puteri Harbour bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam masa sama, lelaki berkenaan juga mengaku kesalahan sendiri kerana cuai sewaktu berada di kaunter pembayaran.
“Saya akui, silap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu. Cadang nak beli untuk sarapan dengan isteri keesokan harinya.
“Boleh pulak kad itu sama warna dengan menu. Saya terima notifikasi dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sebab jumlah yang besar,”ujarnya.
Setelah apa yang berlaku, lelaki berkenaan halalkan semua duit yang dibelanjakan oleh wanita berkenaan selepas mendengar penjelasan darinya.

Sumber: OhMyMedia