Cikgu panggil pergi sekolah, ibu terkedu tengok tangan anak bengkok! Ingatkan terjatuh, rupanya kawan tolak

0
ALANGKAH luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.

Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan oleh seorang guru melalui panggilan telefon.
Menurut ibu kepada mangsa, Nirwana, dia bergegas ke sekolah sebaik sahaja mengetahui tentang kemalangan yang menimpa anak lelakinya yang dikatakan terjatuh.


Apabila tiba di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya bengkok dan nampak seperti sudah patah.

"Sakit yang tiada tandingan apabila dapat tahu anak saya patah tangan dekat sekolah.

"Tiba-tiba cikgu dia call. Anak saya jatuh. Allahu," tulisnya pada video tersebut.

Video tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bimbang melihat keadaan mengerikan tangan kanak-kanak itu yang terkulai.

Bercerita lanjut mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah. 

Bagaimanapun, terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut terjadi.

Pihak sekolah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan segera setelah berlakunya kemalangan itu. 

Dalam video kedua yang dimuatnaik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa kit pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.

"Masa balik sekolah kawan dia tolak dari belakang 

"Pihak sekolah langsung call ambulans untuk segera datang.

"Masa tu ayah dia pun dalam perjalanan nak jemput anak balik sekolah", jelasnya dalam video dimuat naik.

Sebaik sahaja video itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 660,000 setelah disiarkan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.
Keadaan terakhir dikongsikan oleh si ibu di Tik Tok
Dalam pada itu, netizen juga berharap ibu bapa di luar sana agar menasihati anak masing-masing supaya menjaga tingkah laku di sekolah atau di mana sahaja mereka berada.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai ibu bapa yang turut berkongsi mengenai pengalaman hampir sama terjadi kepada anak mereka ketika di sekolah.

"Gurau pelik-pelik budak sekolah ini. Semoga cepat sembuh.

"Adui sakitnya! Sebagai seorang ibu, air mata mengalir (mengenangkan) betapa sakitnya adik. Ini yang ditakutkan apabila hantar anak pergi sekolah.

"Melawak kasar tu. Allahuakabar tengok pun dah seriau. Semoga cepat sembuh.
Komen netizen di TikTok
Tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan oleh ibunya berhubung lokasi mahupun masa kejadian.

Hantaran terakhir wanita ini di TikTok menunjukkan anaknya menangis teresak-esak setelah tangannya dibalut kain anduh di sebuah hospital.

Sumber: mStar
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!