Cara Semak Tempat Mengundi PRU-15 2022 Dengan 3 Cara

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
 
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
 
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15.
 
Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon pada 5 Nov.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRU15 di Menara SPR, di sini pada Khamis.

Bagaimanakah Cara Semak Tempat Mengundi?
 
Dibawah kami sediakan 3 cara semak tempat mengundi untuk rujukan anda, sila rujuk cara-cara tersebut:
 
1. Portal MySPR
 
1.      Layari laman portal MySPRSemak
2.     Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
3.     Masukkan nombor kad pengenalan / no. perkhidmatan tentera / no. perkhidmatan polis.
4.     Masukkan aksara captcha
5.     Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
 
2. Aplikasi MySPR Semak
 
Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
 
 
 
·       Isikan nombor kad pengenalan
·       Masukkan aksara captcha
·       Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
 
3. Hotline SPR
 
Hubungi talian hotline SPR 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon.
 
Info Lanjut
 
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi hotline SPR di talian +603-8892 pada waktu pejabat atau boleh layari laman sesawang https://www.spr.gov.my

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!