“Besar pahala..”- Ramai tersentuh hati Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi, Faizal Tahir di laman Instagram mendapat perhatian ramai sehingga meraih pujian di mana ramai tersentuh hati dengan tindakan murni dilakukan oleh selebriti berusia 44 tahun.

Menerusi video dikongsikan, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir dilihat sedang mengajar seorang lelaki mualaf mengucap dua kalimah syahadah


 “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai.

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat,”tulis Faizal Tahir di ruangan hantaran berkenaan.

Tidak menyertakan penjelasan lanjut mengenai lelaki berkenaan, Faizal dilihat menulis sepotong ayat dari Surah An-Nasr yang membawa maksud pertolangan.

Alhamdulillah, sebak tengok. Terima kasih bimbing…

Rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan tersentuh hati dengan keikhlasan Faizal dalam membantu saudara baharu mendalami dan mengenali ajaran Islam dengan lebih dekat.

Orang bukan Islam sibuk untuk masuk Islam dan mendalami keindahan

Tidak kurang juga ada netizen sebak melihat kesungguhan individu bukan beragama Islam mendalami dan menghayati keindahan Islam sebenar, sebaliknya ramai lalai dan mengabaikan keindahan sebenar.

Apa-apa pun, didoakan agar sahabat baharu berkenaan mendapat manfaat dan nikmat pada hari kelak dengan tindakan yang dilakukannya itu.

Besar sangat pahala disisi Allah

Selain itu, ada juga mengatakan tindakan murni dilakukan oleh penyanyi berkenaan sangatlah besar pahalanya kerana membimbing golongan baharu yang memeluk dan mendalami Islam.


Sumber: OhMyMedia