Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Kalau kereta famili biasanya tak sah kalau
kusyennya tiada kesan kotoran hasil tumpahan air minuman, makanan, malah air liur anak pun ada.
Punyalah banyak dah nampak macam peta. Jika dah begini keadaannya rasanya wajar dicuci. Kita boleh hantar di kedai dan sediakan kos pembersihanyang mungkin cecah lebih RM100.
Tapi kan buat apa nak bazirkan duit kalau kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM10. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Caranya dikongsi oleh Farizah Mohamed.
Kalau hantar kedai mahal
Nak share benda best untuk cuci kusyen kereta. Takdelah berpeta/berdebu lagi. Boleh juga bersihkan karpet, sofa & tilam!
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR. DIY RM6+ saja. Memang puas hati. Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya
Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg saya beli ni
RM6.75. Satu lagi utk tough stain RM15.25
mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yg RM6+ ni sebab siap dengan berus sekali.
Step by step bersihkan kusyen
1. Vacum dulu kusyen kereta. Ini supaya habuk/debu tak kacau proses pembersihan.
2. Kemudian goncang tin foam cleaner. Selepas itu sembur dengan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen. Banyak pun tak apa. Semburan akan keluarkan buih-buih putih.
3. Lepas tu guna berus yang disertakan pada penutup untuk gosok kotoran dan supaya meresap dalam kusyen tu.
kain basah dan tonyoh pada kotoran.
5. Kalau tak puas hati spray lagi. Kesan kotoran yg dah lama mungkin kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering.
6) Tadaa..bersih dah! Jimat pun jimat!
Baca dulu ye jenis fabric apa yg sesuai.
Selamat mencuba
Terima kasih