“Beranakkan dia bil mahal you” -Pesanan Sheira untuk menantu buat ramai berdekah

Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired semalam telah mendapat menantu baru apabila anak pertamanya, Alisya selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan.
Alisya yang juga anak vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali dilihat cantik menggayakan busana serba putih sedondon dengan suami tercinta.
Dinikahkan sendiri oleh Jatt Black Dong Bone
Menerusi Instagram Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera, Alisya telah dinikahkan sendiri oleh oleh Jatt Ali atau nama sebenarnya Tahir bin Ali disamping didampingi oleh bapa tirinya, pelakon, Ijoy Azhari.


Sempat lempar pantun ke menantu
Majlis pernikahan tersebut dilihat begitu santai lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga mereka sangat mesra membuatkan situasi menjadi ceria.
Mana tidaknya, posting yang dibuat oleh Shiera sendiri telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata berasa menantunya beruntung kerana mendapat ibu mentua yang kelakar.


 

Tahniah dapat menantu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Sharifah Shahirah kerana menerima menantu sulung dalam keluarga.

Mereka juga mengatakan betapa beruntungnya menantu lelakinya itu kerana mendapat keluarga mentua yang sempoi serta kelakar walaupun ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Mak pengantin pun

Tahniah buat pasangan pengantin

Muka menanti nak sama dengan pak mentua

Seronok dapat mak mentua sporting

Untuk rekod, penyampai radio itu pernah bernikah dengan Jatt Ali pada 1993 dan dikurniakan seorang anak sebelum berpisah pada 1999. Sekitar tahun 2003, Sharifah Shahirah telah bernikah dengan Ijoy Azhari dan dikurniakan empat orang cahaya mata.


Sumber: OhMyMedia