Bantuan Kewangan RM3920 Untuk Pelajar B40 Seluruh Malaysia - Semak Kelayakan!

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Di bawah inisiatif kerajaan Malaysia, pelbagai jenis bantuan yang disalurkan dan akan diberikan. Antara yang sering mendapat perhatian adalah pelajar yang masih bersekolah khususnya golongan B40.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bantuan berupa kewangan kepada pelajar Malaysia yang berkelayakan.

Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut.

BANTUAN KEWANGAN ASASI KPM

Bantuan Kewangan Asasi adalah bantuan khas Pelajar 12 Pusat Pengajian Asasi Universiti Awam (UA).

Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha membantu membiayai kos sampingan hidup kepada pelajar yang datang daripada keluarga (B40).

SYARAT & KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dalam permohonan Bantuan Kewangan Asasi ini :

- Warganegara Malaysia. 
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40. 
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya. 
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Nota : Sekiranya pelajar tersebut telah menerima tajaan / biasiswa daripada Bantuan Kewangan Asasi, pelajar tersebut tidak boleh menerima bantuan lain.

KADAR BANTUAN KEWANGAN

Setiap kelayakan, pelajar tersebut akan menerima bayaran sehingga RM 3,920 setahun / sepanjang tempoh pengajian. Berikut adalah pecahan kiraan :

- Elaun Wang Saku : RM 2,500 setahun. 
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM 1,420 setahun. 
- Tambang Penerbangan sekali ( pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan). 

CARA PERMOHONAN

Jika anda berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan asasi ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Bahagian biasiswa dan pembiayaan KPM.

Kepada pelajar yang ingin memohon perlu semak dan cetak sendiri dokumen tawaran anda. Selepas lengkap, anda perlu menghantar dokumen melalui Pejabat Pendaftaran Universiti (UA) masing-masing dan di dibenarkan mengemukakan terus ke pihak KPM.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila ke Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://www.moe.gov.my/

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!